Electrical workers union warns of job losses from US tariffs

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: Bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad optimis pelari berpotensi negara, Muhmammad Azeem Fahmi mampu memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 200 meter (m).

Jelas bekas atlet kebangsaan yang pernah beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Athens 2004 itu, prestasi luar biasa yang dipamerkan pelari kelahiran Teluk Intan, Perak itu membuktikan lariannya semakin meningkat.

Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, berkata pada masa sama tidak mustahil misi Azeem untuk mencipta sejarah melakukan catatan masa bawah 10 saat (s) dalam acara 100m bakal menjadi kenyataan.

Terdahulu, pelari berusia 21 tahun itu membuktikan keupayaannya apabila menamatkan larian di kedudukan pertama dalam saringan keenam pada Kejohanan Olahraga Pepsi Florida Relays di Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Pada kejohanan itu, Azeem merekod catatan masa 20.79s, hanya 0.02s dipisahkan dengan rekod kebangsaan milik Russel Taib 20.77s yang dilakukan pada 2019.

“Prestasi luar biasa itu hadir bukan daripada acara utamanya, 100 meter, sebaliknya daripada acara yang telah lama ditinggalkan sejak 2021.

“Ini menandakan sesuatu yang besar sedang dibina bukan sahaja dalam acara 200m, tetapi sebagai persediaan besar untuk misi utama menjadi pelari Malaysia pertama berlari bawah 10s,” kata pelari kelahiran Terengganu itu ketika dihubungi.

Tambah Nazmizan, dengan rekod kebangsaan 10.09s dalam acara 100m, Azeem kini hanya dipisahkan 0.09s daripada tembok psikologi yang selama ini belum berjaya ditembusi mana-mana atlet Malaysia berlari bawah 10s.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464