Dua lelaki menipu, didenda RM50,000

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan masing-masing didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menipu seorang pengarah syarikat, kononnya boleh membantu mengubah seksyen kesalahan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) yang dihadapinya.

-Advertisement-

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM50,000 terhadap Mohd Hussein Mohd Nasir, 51, manakala Razaly Mat Sari dikenakan denda RM50,000 selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan itu.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Hussein dan Razaly menjalani tambahan hukuman lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Razaly kemudian membayar wang denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Hussein dan Razaly didakwa bersama-sama menipu dan memperdaya Norazman Mohd Nor, 50, kononnya boleh membantu menukar seksyen kesalahan kes siasatan SPRM ke atas Norazman daripada Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kepada Seksyen 25 (1) Akta sama.

Tindakan itu mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM40,000 di sebuah lobi hotel di Putrajaya, jam 4.10 petang, pada 16 Disember tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 417 dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun ataudenda atau kedua-duanya.

-Advertisement-

Terdahulu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan mereka menerusi peguam Adha Amin dan Fahmi Abd Moin memohon dijatuhi hukuman minimum dengan alasan penanggung utama keluarga selain menghidap penyakit asma kronik.

“Dalam kes ini, kedua-dua mereka sudah memberikan kerjasama penuh ketika ditahan reman selama tujuh hari oleh SPRM.

“Mereka juga akan menjadi saksi pendakwaan dan berjanji akan bekerjasama dengan pihak berkuasa selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudddin Wan Ladin memohon kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana membabitkan kesalahan serius.

“Tindakan tertuduh adalah bertentangan dengan polisi awam kerana ia mencerminkan seolah-olah jabatan kerajaan boleh dirasuah,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427