Dua Ah Long dicekup ketika tampal poster

Estimate Reading Time: < 1 minute

PORT DICKSON: Dua lelaki ditahan polis dipercayai menjalankan aktiviti pinjaman wang tak berlesen atau Ah Long, ketika ‘Ops Vulture’, di Bandar Springhill, di sini petang semalam.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian jam 2.20 petang itu, dua lelaki berusia 40 dan 47 tahun ditahan ketika sedang menampal poster, di sekitar Port Dickson.

“Polis mengesan dua lelaki mencurigakan dipercayai Ah Long ketika sedang menampal poster berkaitan pinjaman wang yang tidak berlesen di beberapa kawasan di Bandar Springhill, Lukut dengan nombor telefon untuk dihubungi.

“Dua lelaki itu kemudian ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut dan merampas beberapa peralatan digunakannya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

-Advertisement-

Aidi berkata, polis turut merampas 78 poster iklan, tiga botol mineral mengandungi cecair disyaki gam, sebuah kenderaan Perodua Myvi dan lapan telefon bimbit pelbagai jenama.

“Kedua-dua akan direman hari ini di Mahkamah Majistret Port Dickson. Kes disiasat s mengikut Seksyen 29 AA APPW kerana memberi pinjaman wang tanpa lesen,” katanya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373