DSAI paling ‘trending’ di Twitter

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 25 Nov 2022 (The Capital Post): Belum sampai 24 jam Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau adalah topik paling trending di Twitter dengan lebih 94,000 ciapan setakat jam 9 pagi tadi.

-Advertisement-

Semakan mendapati, rakyat Malaysia aktif menulis ciapan mengenainya sepanjang malam kerana jurang antara setiap ciapan hanya dalam beberapa saat.

Ramai daripada mereka tidak berhenti mengucapkan tahniah kepada perdana menteri serta merakamkan rasa terima kasih atas pelantikan beliau.

Ciapan mengenai cuti umum pada Isnin depan juga popular. Rakyat Malaysia gembira dengan pengumuman cuti umum sekali gus membolehkan mereka menikmati hujung minggu lebih panjang.

-Advertisement-

Terdahulu dalam sidang media pertamanya, Anwar mengisytiharkan Isnin, 28 November ini sebagai cuti umum di seluruh negara.

Turut trending ialah ciapan mengenai Putrajaya. Ramai yang teruja kerana selepas dua dekad sebagai pembangkang, Anwar kini akan mentadbir kerajaan menerusi pejabatnya di Putrajaya.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427