Destinasi pelancongan di Hanoi jadi kawasan larangan merokok

Estimate Reading Time: < 1 minute

HANOI- Beberapa lokasi pelancongan utama di Hanoi akan menjadi kawasan bebas asap rokok mulai bulan ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA)

-Advertisement-

Larangan itu turut dikuatkuasakan di beberapa hotel dan restoran, denda akan dikenakan jika gagal mempamerkan papan tanda atau notis dilarang merokok dengan jelas.

Destinasi itu termasuk mercu tanda terkenal seperti Kuil Ngoc Son, Kuil Ba Kieu, Muzium Sejarah Vietnam, Muzium Revolusi Vietnam, Pagoda Quan Su, Pagoda Ba Da, Opera House Hanoi, Katedral St Joseph dan Perpustakaan Nasional Vietnam.

Ketua Pejabat Kesihatan Daerah Hoan Kiem, Pham Thi Thanh Nhan, berkata larangan berkuat kuasa sehingga akhir tahun dan lebih banyak tempat akan dipasang papan tanda larangan merokok.

-Advertisement-

Mereka yang ditangkap kerana merokok di kawasan larangan akan didenda antara 100,000-300,000 VND (US$4.3-13), sementara restoran yang gagal mempamerkan notis larangan merokok didenda antara 3-5 juta VND (US$ 129-216).

Penggunaan tembakau adalah punca utama penyakit paru-paru, terutamanya kanser paru-paru dan penyakit obstructive pulmonary yang kronik.

Di Vietnam, nisbah pesakit kanser paru-paru di kalangan perokok sebanyak 96.8 peratus. Asap rokok juga menyebabkan penyakit paru-paru kepada kanak-kanak.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427