Dari kem pelarian ke Bayern Munich

Estimate Reading Time: < 1 minute

SYDNEY: Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich mengikat pemain remaja Australia, Nestory Irankunda dari Adelaide United dalam satu perjanjian jangka panjang bermula Julai tahun depan selepas dia berusia 18 tahun.

-Advertisement-

Pemain sayap lincah berusia 17 tahun itu dilahirkan di kem pelarian Tanzania dengan ibu bapa dari Burundi sebelum berpindah ke Perth ketika kecil dan kemudian ke Adelaide, apabila dia mula berjinak-jinak dengan sukan itu.

Irankunda sudah mewakili negara angkatnya pada peringkat umur Bawah 17 tahun dan berada di bangku simpanan bagi dua perlawanan persahabatan Socceroos tahun ini tetapi tidak diturunkan.

“Ia terlalu sukar dipercayai,” kata Irankunda kepada laman web A-League. “Terdapat beberapa pasukan yang berminat dan saya terpaksa membuat pilihan dan saya memilih Bayern Munich.

“Jelas ada tawaran daripada pasukan Liga Perdana Inggeris tetapi ayah saya berkata beliau menyokong Bayern. Ada gambar yang beliau tunjukkan kepada saya di kem pelarian, menyarung jersi Bayern Munich, jadi saya memilihnya untuk membanggakan ibu dan ayah saya.”

-Advertisement-

Irankunda melakukan penampilan sulung buat Adelaide pada usia 15 tahun pada Januari tahun lalu dan ketika bermain kebanyakannya dari bangku simpanan dalam musim sulungnya, beberapa gol luar biasa dijaringkannya membuktikan dia sebagai seorang pemain berbakat istimewa.

“Kami sudah memantau perkembangan Nestory agak lama dan kami gembira berjaya mencapai persetujuan dengannya dan Adelaide United untuk berpindah ke Munich pada musim panas akan datang,” kata pengarah pembangunan belia Bayern, Jochen Sauer dalam satu kenyataan.

“Nestory seorang pemain sayap yang amat pantas, kuat menggelecek dan mempunyai penyudah mengagumkan. Kami yakin dengan potensinya dan dia boleh terus meningkat bersama kami.”

Butiran kewangan perpindahan itu tidak didedahkan.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427