KUALA LUMPUR: Penerbit Datuk Yusof Haslam menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) supaya lebih berhati-hati memberi dana kepada penerbit filem.
Menurutnya, ada segelintir penerbit menerima geran sebanyak RM500,000 daripada FINAS, tetapi menghasilkan filem dengan kos RM200,000 sahaja dan ia amat mengecewakan.
“Standard filem seperti telefilem, malah telefilem lagi bagus. Bagi saya, itu penerbit yang tidak bertanggungjawab. FINAS perlu berhati-hati sebab ini babitkan wang rakyat.
“Carilah orang-orang baru yang bertanggungjawab, ada rekod bagus. Bagi mereka buat telefilem terlebih dulu dan kalau nampak bagus berilah peluang.