Daftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Internet Komuniti

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang belum mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) boleh berbuat demikian di Pusat Internet Komuniti (PIK) seluruh negara.

-Advertisement-

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

memaklumkan usaha itu bertujuan membantu orang awam termasuk warga emas yang berdepan kesukaran mendaftar program berkenaan melalui aplikasi MySejahtera.

Bagi melancarkan operasi, menurut SKMM, kakitangan PIK sepenuh masa akan membantu melicinkan proses pendaftaran.

-Advertisement-

“Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin COVID-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan orang awam.

“Menerusi usaha itu, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

“Bagi mereka yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, sila manfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK oleh SKMM untuk mendaftar sebagai penerima vaksin,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, SKMM menyarankan supaya orang ramai menghubungi pihak PIK berhampiran. -BERITA HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427