Dadah bernilai RM355,710.00 dirampas Polis Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN 9 Disember 2019 (The Capital Post) – YDH CP Dato Narenasagaran Thangaveloo, Ketua Polis Pulau Pinang, telah menghadiri satu sidang media mengenai serbuan rampasan dan tangkapan Dadah di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

-Advertisement-

Bahagian Siasatan Narkotik Seberang Perai Utara Pulau Pinang telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dadah jenis Heroin Base, dadah yang siap diproses, serbuk Kefein dan Pil Erimin 5 serta peluru hidup dan telah berjaya menangkap 5 ahli sindiket terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita warga tempatan. Nilai rampasan dadah sebanyak RM355,710.00 dan nilai keseluruhan sitaan sebanyak RM57,99.81.

-Advertisement-

Turut hadir, YDH Dato Roslee Bin Chik Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dan Pegawai-pegawai kanan Kontinjen Pulau Pinang. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427