Covid-19: Polis KL tingkatkan operasi pematuhan

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan operasi pematuhan terhadap premis berisiko menularkan pandemik Covid-19 susulan pengumuman kerajaan berhubung premis tersenarai dalam sistem Pengecaman Lokasi Panas Untuk Libat Urus Dinamik (HIDE).

-Advertisement-

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo berkata, pelaksanaan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ini adalah pendekatan bagi mengekang penularan wabak dan bukan semata-mata bertujuan mengenakan tindakan kompaun terhadap premis perniagaan atau individu.

Menurutnya, dalam dalam keadaan berlakunya pelanggaran SOP, pihak polis akan memperingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP.

“Pasukan pematuhan Op Covid-19 turut terdiri daripada pasukan Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berperanan untuk memperingatkan masyarakat mengenai pematuhan SOP PKP 3.0 ini.

-Advertisement-

“Pihak polis memahami keterujaan masyarakat untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi dan mengharapkan masyarakat akan terus bekerjasama mematuhi segala SOP yang ditetapkan kerajaan untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, warga Kuala Lumpur dinasihatkan sentiasa amalkan penjarakan fizikal,pemakaian pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak demi kesihatan masing-masing dan kejahteraan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya.-METRO


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427