COVID-19: Pemberian vaksin di KL capai 100 peratus

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 di Kuala Lumpur berjaya mencapai 100 peratus merangkumi suntikan dos pertama.

-Advertisement-

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata data itu meliputi pemberian suntikan vaksinasi membabitkan penduduk Kuala Lumpur, termasuk yang tinggal di luar kawasan ibu negara.

Bagi memperoleh maklumat dengan lebih tepat, beliau berkata, data diperoleh perlu dikemaskini terlebih dulu.

“Syukur kepada Allah SWT, suntikan di WP KL (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) mencapai 100 peratus untuk dos pertama.

-Advertisement-

“Oleh kerana terdapat juga bukan warga Kuala Lumpur yang mengambil suntikan di sini (Kuala Lumpur), data perlu dikemaskini iaitu kira-kira 20 peratus mungkin bermastautin di luar Kuala Lumpur.

“Apapun, kira-kira 80 peratus warga ibu kota sudah mendapat dos pertama,” katanya menerusi Twitter.

Berdasarkan data yang dikongsi Annuar menunjukkan seramai 1,795,261 juta orang sudah lengkap menerima suntikan dos pertama dan kedua di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Kuala Lumpur saja, pemberian suntikan vaksinasi merekodkan 1,369,537 juta dos pertama dan 339,043 dos kedua.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427