COVID-19: Kes warga asing meningkat

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah kes harian merangkumi kes warga asing menunjukkan peningkatan dan melangkaui ramalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkatan kes itu dapat dilihat dengan ketara sejak 29 April lalu disebabkan kes import dari luar negara, penularan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara di beberapa Depoh Tahanan Imigresen, dan juga pekerja bukan warganegara pelbagai sektor di dalam komuniti.

“Ini bermakna negara kini berdepan dengan satu cabaran baharu yang perlu kita tangani bersama, iaitu peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan bukan warganegara.

“Namun, golongan bukan warganegara tidak harus disisih dan tidak harus distigmakan oleh rakyat Malaysia, malah kita perlu membantu mereka yang secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan penularan COVID-19 di negara ini.

“Pergaulan dan percampuran rakyat Malaysia dengan golongan bukan warganegara sememangnya terhad, namun kehadiran mereka terutamanya pekerja bukan warganegara membantu memperkasa ekonomi di negara kita,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464