PUTRAJAYA, 15 Mac 2020 (The Capital Post) – Jumlah kes baru Covid-19 melonjak hingga 190 pada hari Ahad (15 Mac), peningkatan hari kedua tertinggi di negara ini.
Kementerian Kesihatan berkata ini membawa jumlah kes yang dicatatkan kepada 428. “Berdasarkan siasatan awal, kes-kes baru ini berkaitan dengan perhimpunan tabilgh di masjid Seri Petaling. ” Setakat ini, sembilan pesakit positif Covid-19 berada dalam ICU dan memerlukan bantuan pernafasan, “kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad.