COVID-19: Angka maut di Itali mencapai 25,000 orang

Estimate Reading Time: < 1 minute

ROM: Angka kematian rasmi di Itali akibat COVID-19 mencapai 25,000 orang, semalam tetapi jumlah mereka yang kini dirawat menurun untuk hari ketiga berturut-turut kerana pemerintah mempertimbangkan untuk mengurangkan beberapa langkah penutupan.

-Advertisement-

Dengan 437 kematian yang dilaporkan oleh perkhidmatan perlindungan awam sepanjang 24 jam terakhir, jumlah rasmi di negara itu dalam tempoh dua bulan terakhir meningkat kepada 25,085 – iaitu kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Walaupun begitu, kebanyakan doktor percaya jumlah korban di Itali jauh lebih tinggi kerana kebanyakan kematian di hospital tidak dihitung, dan jumlah orang yang meninggal dunia di luar hospital tidak diketahui.

Penurunan angka kes virus aktif disertai dengan penurunan jumlah orang yang menerima rawatan rawatan intensif ke tahap terendah, sejak 18 Mac.

-Advertisement-

Perdana Menteri Giuseppe Conte, berjanji menjelaskan langkah seterusnya bagi menangani wabak COVID-19, akhir minggu ini.

Beliau bertemu dengan pemimpin serantau dan buruh, semalam sebagai persediaan kemungkinan untuk melonggarkan beberapa langkah yang diperketatkan sebelum ini.

Perintah berkurung di Itali adalah yang paling lama berlaku di mana sahaja di dunia.

Perintah duduk di rumah – diperkenalkan pada 9 Mac lalu kemudian diikuti oleh negara Eropah lain.- AFP


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427