PUTRAJAYA: Sebanyak 5,419 kes baharu kes COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat ke 667,876 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,996 kes dilaporkan.
Katanya, ia diikuti Sarawak dengan 718 kes baharu, Kuala Lumpur (650); Negeri Sembilan (396); Johor (366) dan Kelantan (245).
“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini, manakala hanya dua negeri mencatatkan kes satu digit iaitu Putrajaya dengan lima kes serta Perlis, satu kes,” katanya dalam Facebook, di sini hari ini.-BH