KUALA LUMPUR, 3 Jan 2023 (The Capital Post): Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dan kekal berada di bawah 500 kes.
Semalam, jumlah kes menurun kepada 360 kes, berbanding 420 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut memaklumkan satu kematian dilapor berkaitan dengan COVID-19.
Sementara itu, kes aktif yang direkodkan semalam juga turun kepada 11,807 kes dan daripada jumlah itu, 11,197 kes atau 94.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 580 pesakit mendapat rawatan di hospital dengan 30 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 16 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 423 kes sembuh.
-BH
(The Capital Post)