‘Cklamovski tak mahu hanya seorang dapat nama’

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski tegaskan kemenangan aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 ke atas Nepal bukan disebabkan sumbangan seorang atau dua pemain sebaliknya ia hasil usaha berpasukan.

Jelas Cklamovski, beliau enggan memberi pujian melangit secara individu kerana kekuatan sebuah pasukan disebabkan usaha 11 pemain di atas padang.

“Bagi saya Hector Hevel bermain dengan baik dan Endrick (Dos Santos) juga bermain baik, tapi saya tak boleh ulas hanya seorang pemain kerana kita bermain dengan 11 pemain di atas padang.

“Kekuatan pasukan bukan disebabkan seorang pemain tetapi beraksi sebagai satu pasukan.

“Bukan disebabkan individu tetapi 11 pemain bermain dengan struktur dan konsep, sekali gus kita dapat lihat permainan yang baik dalam aksi itu,” katanya yang lega dengan kemenangan itu.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin, pasukan negara memulakan kempen kelayakan dengan langkah kanan selepas menewaskan Nepal 2-0.

Dua jaringan Malaysia diraih pada setiap babak masing-masing menerusi ledakan Hevel yang yang gol pertamanya dalam penampilan sulung buat skuad negara, sebelum seorang lagi tonggak warisan, Corbin Ong mencetak nama selaku penjaring.

Hasil kejayaan mengutip tiga mata penuh itu membolehkan pasukan menghuni tangga kedua Kumpulan F di belakang Vietnam yang turut mencatat kemenangan ke atas Laos dengan 5-0.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5464