China masih dermawan – Duterte

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, China tetap dermawan, tatkala negara Asia Tenggara itu berusaha meningkatkan pemberian vaksin dari negara itu di tengah-tengah ketegangan yang berlaku di perairan yang dipertikaikan.

-Advertisement-

“China tetap menjadi dermawan kita,” kata Duterte dalam taklimat yang ditayangkan di televisyen petang semalam.

“Hanya kerana kita mempunyai konflik dengan China tidak bermaksud mengatakan bahawa kita harus bersikap kasar dan tidak sopan.”

Duterte membuat komentar itu selepas Setiausaha Luar Negeri Filipina, Teodoro Locsin, awal semalam menggunakan akaun Twitter peribadinya, mengecam Beijing dalam tuntutan penjelasan China untuk mengeluarkan kapal dari wilayah di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Dalam taklimat yang sama, Ketua vaksin Filipina, Carlito Galvez, menyatakan bahawa kerajaan sedang berunding untuk penghantaran bulanan sebanyak 4 juta dos dari Sinovac Biotech China serta 2 juta vaksin Sputnik V Russia.

-Advertisement-

Sebanyak 4 juta dos kedua-dua vaksin itu dijangka tiba pada bulan Mei.

Kerajaan berhasrat menggandakan inokulasi kepada 2 juta orang bulan ini, kata Galvez, sambil menambah bahawa 500,000 orang perlu diberi vaksin sehari untuk mencapai imuniti kelompok.

Walaupun jangkitan harian jatuh di seluruh negara, penggunaan katil rawatan intensif tetap tinggi, kata Setiausaha Kesihatan, Franciso Duque.

Kawalan dan pematuhan sempadan yang ketat terhadap protokol kuarantin diperlukan untuk membendung penyebaran varian yang lebih menular, katanya.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427