CAP: Harga sayuran naik sehingga 70% menjelang Tahun Baru Cina

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata hasil tinjauan mereka mendapati berlaku peningkatan ketara harga sayur-sayuran antara 20 hingga 70%.

-Advertisement-

Presidennya, Mohideen Abdul Kader dalam satu kenyataan berkata memandangkan perayaan Tahun Baru Cina semakin dekat, harga cili merah, kacang panjang, bendi, tomato dan kacang naik kebelakangan ini.

“Sesetengah peruncit juga mengadu beberapa pengedar dan pemborong memberi amaran harga boleh naik lebih tinggi dalam beberapa minggu akan datang,” katanya.

Kenyataan itu juga menunjukkan perbezaan harga lama dan baru bagi sayuran tersebut. Antaranya harga lama sekilo cili daripada RM10 naik kepada RM14.

-Advertisement-

Manakala harga sekilo kacang panjang RM6 naik kepada RM10, bendi RM8 kepada RM10, tomato RM3.50 kepada RM6 dan kacang RM10 kepada RM12.

CAP turut menyeru penguat kuasa di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan tindakan keras kepada mana-mana peniaga yang menaikan harga terlalu tinggi.

“Dan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan Malaysia 2010, jika tidak purata pendapatan akan terjejas teruk dengan kenaikan harga barangan,” katanya. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427