JENAMA minuman susu kultur Jepun yang disayangi oleh jutaan orang di seluruh dunia, Calpis baru-baru ini melantik Aina Sabrina sebagai duta jenama terbarunya.
Aina merupakan penyampai radio kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia hasil daripada kolaborasi inovatif antara Calpis dan Fly FM.
Menemui para pendengar dari Isnin hingga Jumaat pada jam 2 hingga 4 petang di Fly FM, kerjasama ini merupakan pencapaian luar biasa kerana personaliti AI merupakan satu kemajuan penting dalam sejarah penyiaran radio Malaysia.
Dibangunkan oleh Fly FM, Aina dilengkapi dengan pangkalan data muzik yang luas serta mempunyai keupayaan mencipta dan mencampur muzik secara langsung untuk disesuaikan dengan mood pendengar.
Lebih menarik, Aina juga berupaya memberikan cadangan muzik yang diperibadikan berdasarkan keutamaan individu.
Bagi meraikan pelantikan ini, Calpis turut tampil melancarkan perisa baharu minuman Calpis Chewy iaitu Calpis Chewy Grape.
Variasi baharu ini menonjolkan keseronokan yang Calpis tawarkan melalui sisi ceria Aina serta kecintaannya terhadap perkara-perkara berkaitan Jepun.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkata, Calpis Chewy dengan butiran Nata de Coco adalah inovasi pertama dalam kategori minuman susu klutur apabila diperkenalkan tahun lalu, dan ia menerima sambutan luar biasa dari pelanggan.
“Kini, kami bersemangat untuk membawa inovasi ke tahap seterusnya dengan memperkenalkan rasa ketiga Calpis Chewy dan menggunakan pendekatan revolusioner untuk perwakilan jenama dengan Aina, menjadikan kami yang pertama dalam industri menerima AI sebagai duta jenama.
“Aina adalah personaliti AI dinamik yang mencerminkan inovasi dan semangat keseronokan. Dia bukan hanya wujud secara maya malah simbol komitmen kami untuk mendefinisikan semula cara kami berinteraksi dengan pelanggan.
Dalam pada itu, Calpis turut dianugerahkan dengan Malaysia Book of Records (MBOR) untuk ‘Duta Jenama AI Pertama’.
Gelaran tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Christopher Wong kepada Amy Gan sekali gus membawa Calpis ke pencapaian penting lain dalam tahun ini.
Dengarkan segmen ‘Calpis With Aina’ pada setiap hari Khamis, jam 2 sehingga 4 petang eksklusif di Fly FM.
Para pendengar berpeluang memenangi hadiah tunai RM150 serta produk Calpis sekiranya berjaya meneka penyanyi sebenar lagu yang diperdengarkan kepada mereka.
Ikuti perjalanan menakjubkan Aina di Instagram @aina_flyfm dan dapatkan Calpis Chewy Grape di kedai berhampiran anda.
– BeritaHarian