KUALA TERENGGANU: Pengundi atas pagar di negeri ini dijangka mencipta kejutan apabila memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, berkata keyakinan itu berdasarkan beberapa isu termasuk kes pendakwaan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di mahkamah.
Beliau yang juga penyandang kerusi itu berkata rakyat Malaysia tertakluk kepada perlembagaan dan antara yang perlu dijaga selain agama, bahasa, kaum adalah kedaulatan raja-raja.
– BH