Bukan semuanya libatkan wang, Dr M jawab isu India boikot minyak sawit

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu pihaknya bimbang dengan keadaan semasa melibatkan penjualan minyak sawit kepada India, memandangkan negara merupakan pembeli terbesar.

-Advertisement-

Mahathir berkata, beliau harus bersikap jujur dan terus bercakap benar apabila terdapat kesalahan yang dilakukan. Baginya, bukan semua perkara perlu melibatkan wang.

“Kita bimbang, sudah tentu kerana kita jual banyak minyak sawit kepada India tetapi dalam erti kata lain, kita perlu bercakap jujur dan katakan perkara yang benar jika terdapat kesalahan.

“Jika terus membiarkan kesalahan berlaku dan hanya memikirkan mengenai wang sahaja, banyak perkara yang berlaku akan bertukar menjadi kesalahan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Mahathir berkata, apa yang berlaku di India hari ini bukan sahaja membimbangkan rakyatnya tetapi turut mendapatkan perhatian dunia, yang berpandangan tindakan mereka lakukan adalah perbuatan salah.

-Advertisement-

Reuters dalam laporan memetik sumber menyatakan Perdana Menteri India, Narendra Modi menyasarkan Malaysia selepas kritikan dilontarkan Mahathir terhadap negara berkenaan.

Tahun lalu, Mahathir mengkritik tindakan India yang bertindak menyerang dan menduduki Kashmir menggunakan tindakan keras ketenteraan.

Pada Disember lalu, Mahathir mengkritik tindakan kerajaan BJP berhubung undang-undang kewarganegaraan baru, yang dilihat mendiskriminasi pendatang Islam.

Terdahulu, Menteri Industri Utama Teresa Kok menafikan wujudnya usaha pihak di India untuk memboikot minyak sawit keluaran Malaysia.

Sebaliknya, menerusi perbincangan dilakukan, pembeli minyak sawit dari India mahu Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit mentah (MSM) dan mengurangkan pengeksportan bekalan berkenaan yang diproses. -FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427