Budak 11 tahun buat laporan polis palsu, ikut trend ‘prank’ dalam media sosial

Estimate Reading Time: < 1 minute

FLORIDA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditahan dan didakwa membuat laporan polis palsu bahawa seorang lelaki bersenjatakan pistol telah menculik kawan baiknya.

-Advertisement-

Pegawai polis di Volusia County yang meliputi Daytona Beach, Syerif Mike Chitwood, berkata kanak-kanak itu memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membuat panggilan terbabit sebagai mengikut trend media sosial di mana orang ramai membuat laporan jenayah yang palsu kepada pihak penguat kuasa undang-undang.

“Kanak-kanak itu memberitahu kami bahawa dia melakukan cabaran YouTube yang dianggapnya akan sangat lucu, mengenai cara untuk ‘prank’ 911 (talian kecemasan),” katanya dalam satu wawancara, semalam.

Dalam kejadian Rabu lalu, beliau berkata, kanak-kanak itu menghantar teks pesanan ke talian 911 menggunakan nama palsu, serta mendakwa dia sedang berada di dalam sebuah kenderaan yang mengejar sebuah van putih di mana rakannya berusia 14 tahun diculik seorang lelaki bersenjata.

Susulan itu, pihak berkuasa dari seluruh daerah terbabit mengambil tindakan segera, termasuk menggerakkan sebuah helikopter untuk bantuan sokongan dari udara.

Anggota penguat kuasa undang-undang kemudian menjejaki panggilan kepada 911 itu dibuat dari sebuah rumah di Port Orange yang terletak kira-kira lapan kilometer selatan Daytona Beach, sebelum kanak-kanak perempuan berkenaan ditahan.

-Advertisement-

Kanak-kanak itu berdepan pertuduhan jenayah kerana membuat laporan polis palsu mengenai penggunaan senjata api secara ganas, dan pertuduhan salah laku kerana menyalahgunakan perkhidmatan 911.

Bagaimanapun setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak itu diwakili peguam.

Chitwood berkata, keluarga kanak-kanak terbabit juga berkemungkinan akan dikenakan denda atas kos terpaksa ditanggung akibat tindak balas yang diambil pihak penguat kuasa undang-undang susulan laporan polis palsu itu.

– REUTERS

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427