COPENHAGEN: Bisphenol A (BPA), sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan gangguan hormon dan digunakan dalam pembuatan bungkusan makanan serta minuman, dikesan berada dalam tubuh badan hampir seluruh warga Eropah sehingga mencetuskan potensi risiko kesihatan.
Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA) memaklumkan dapatan itu adalah hasil inisiatif penyelidikan Horizon 2020, baru-baru ini, HBM4EU yang mengukur paras kandungan bahan kimia dalam tubuh badan manusia di Eropah.