BN setuju kekal pembangkang – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Nov 2022 (The Capital Post): Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju kekal sebagai pembangkang buat masa ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

-Advertisement-

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini memutuskan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong PH mahupun PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter, hari ini.

Pasca PRU15: BN tak namakan siapa pun calon PM?

Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang hadir mesyuarat Dewan Tertinggi BN mengesahkan tidak menyokong nama mana-mana calon Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Nama (calon Perdana Menteri) tidak ada. Kita tidak mencadangkan. Tidak ada ‘side’ (sebelah mana-mana pihak. (Semua) 30 Ahli Parlimen BN bertenang. Sehingga masa yang sesuai,” katanya ditemui media hari ini.

-Advertisement-

Beliau juga berkata, semua Ahli Parlimen BN sepakat bersedia untuk menjadi pembangkang.

“Dalam politik semua boleh berlaku. Kami mahu ‘en bloc’ Kami dalam satu pasukan. Kita sedia jadi pembangkang,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias juga mengesahkan tiada nama calon Perdana Menteri dipersetujui oleh BN sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

“Tiada kecenderungan (kedua-duanya),” katanya ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen BN berpihak kepada PH atau PN.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427