Rasmi : BN Rampas Kembali Parlimen P.165 Tanjung Piai

Estimate Reading Time: < 1 minute

Johor, 16 Nov 19 (The Capital Post) – Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi P.165 Parlimen Tanjung Piai apabila calonnya, Datuk Wee Jeck Seng menang selepas meraih lebih 19,000 ribu undi menewaskan lima lagi pencabarnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

-Advertisement-

Datuk Wee Jeck Seng, dari Parti komponen MCA berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini dan calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Wendy Subramaniam. Manakala calon BERJASA, Badhrulhisham Abd Aziz, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar masing – masing hilang deposit.

-Advertisement-

Kemenangan kerusi Parlimen Tanjung Piai ini memberikan suntikan kepada Barisan Nasional selepas Piagam Permuafakatan Nasional bersama Parti PAS dan merupakan PRK pertama PAS menyokong Calon Barisan Nasional dari Parti MCA.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wira Dr. Mohamed Farid Md Rafik daripada Parti Bersatu (PH) pada 21 September lalu akibat serangan jantung. – The Capital Post


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427