BIMB Holdings terbit 222,222,000 saham baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA – Lembaga Pengarah BIMB Holdings Bhd. (BIMB Holdings) mengumumkan bahawa langkah penetapan harga berkaitan penempatan sahamnya telah disempurnakan hari ini oleh ejen penempatan bersamanya, BIMB Securities Sdn Bhd dan Maybank Investment Bank Berhad.

-Advertisement-

Sehingga 12 April lalu, BIMB Holdings akan menerbitkan 222,222,000 saham baharu, mewakili 12 peratus daripada modal terbitan saham Kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, penempatan ini telah menerima lebihan langganan daripada kedua-dua pemegang saham sedia ada dan pelabur baharu.

-Advertisement-

Lembaga Pengarah telah menetapkan harga terbitan pada kadar RM3.58 sesaham penempatan, mewakili diskaun kira-kira 9.4 peratus pada Harga Purata Harian Saham BIMB Holdings untuk lima hari urus niaga sehingga dan termasuk 12 April iaitu RM3.9521 sesaham.

“Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pemegang saham dan pelabur BHB dalam usaha kami untuk melangkah ke masa depan yang lebih cerah bagi sektor kewangan dan perbankan Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Hasil kutipan kasar daripada langkah penetapan saham ini adalah berjumlah kira-kira RM795.6 juta.-KOSMO


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427