Bilangan pesakit COVID-19 di hospital swasta rendah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bilangan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke wad am dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta pada masa ini adalah rendah berbanding pada 2021.

-Advertisement-

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata kebanyakan pesakit yang datang ke bilik kecemasan terutama di hospital swasta mempunyai simptom ringan.

“Pesakit berkenaan dijangkiti COVID-19 selepas ujian dilakukan dan tidak mempunyai sebarang tanda virus yang ketara terutama ketika ujian saringan dilakukan.

“Sekarang kami tidak bimbang, namun pihak hospital swasta sentiasa bersedia bagi menghadapi gelombang sekiranya ia berlaku kembali ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kuljit berkata, hospital swasta kini menghadapi pelbagai cabaran termasuk dipenuhi pelbagai jenis perubatan lain, selain mengalami kekurangan jururawat.

“Kami berharap isu berbangkit mendapat penyelesaian daripada kerajaan yang masih belum menjadi kenyataan.

-Advertisement-

“Pihak APHM menggesa orang ramai mengambil semua langkah sepatutnya bagi mencegah penularan COVID-19 walaupun ia kini masih terkawal,” katanya.

Beliau berkata, langkah penjagaan peribadi di tempat sesak, mencuci tangan dan mengekalkan penjarakan sosial masih menjadi cara terbaik untuk mengawal penularan.

“Walaupun ia kini tidak dikuatkuasakan, tetapi tanggungjawab mengambil langkah berjaga-jaga perlu terus diamalkan orang ramai.

“Ketika kita semakin pulih daripada ekonomi yang lemah akibat pandemik, kesedaran untuk memastikan diri kita bebas COVID-19 adalah sangat penting,” katanya.

Katanya, walaupun sistem penjagaan kesihatan awam dan swasta bersedia dan kompeten untuk menguruskan sebarang peningkatan kes, namun ia tidak seharusnya menjadi alasan untuk orang ramai cuai dengan pencegahan peribadi terhadap COVID-19. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427