Biden hadir Sidang Kemuncak G20, tidak ke Sidang Kemuncak ASEAN pada September

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akan berlepas ke India pada September depan untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20, kata Penasihat Keselamatan Negara, Jake Sullivan, semalam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

-Advertisement-

Biden akan ke New Delhi dari 7 hingga 10 September depan, selain dijadual mengadakan pelbagai perbincangan di luar mesyuarat itu.

Agenda perbincangan pada pertemuan dua hala di New Delhi itu akan meliputi pelbagai isu global, termasuk usaha menangani perubahan iklim, isu tenaga, serta pengurangan kesan ekonomi dan sosial akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Sidang kemuncak Ketua Negara dan Kerajaan G20 pula dijadualkan berlangsung di New Delhi pada 9 dan 10 September depan.

G20 merangkumi Kesatuan Eropah (EU) dan negara ekonomi utama, termasuk AS, China, Russia dan Jerman.

-Advertisement-

Bagaimanapun, Biden tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Indonesia, sebaliknya diwakili Naib Presiden, Kamala Harris yang dijadualkan ke Jakarta dari 4 hingga 7 September depan.

Ketika ditanya sama ada ketidakhadiran Biden akan mengecewakan rantau berkenaan, Sullivan berkata, sebelum ini tiada presiden lain yang amat komited terhadap rantau Indo-Pasifik sebagaimana ditunjukkan oleh Presiden AS itu.

– BERNAMA-dpa

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427