Bicara kes ‘Hot Daddy’ bermula Oktober

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan perbicaraan kes membabitkan seorang lelaki dikenali ‘Hot Daddy’ dan dua kenalan wanitanya akan bermula 7 Oktober depan.

-Advertisement-

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menetapkan 7 hingga 9 Oktober depan untuk tarikh mula perbicaraan ke atas Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32; Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27 yang mengaku tidak bersalah sebelum ini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun, sebatan dan denda jika disabit kesalahan.

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 5 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

-Advertisement-

Kedua-dua perbicaraan akan berjalan serentak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Faiz Mustafa, Mohd Faris Abrar Othman dan Razif Toha.

Ketiga-tiga individu itu dilaporkan ditahan pada 17 Januari lalu, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.

Siasatan polis mendapati suspek menjual video lucah dalam aplikasi X dengan harga RM100 dan RM20 masing-masing bagi 200 serta 13 video sebulan.
-Beritaharian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427