Bermain satu pasukan – Wan Adremy

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU: “Bermain sebagai satu pasukan, kekalkan disiplin dalam bertahan serta menyerang,” itu pesan ketua jurulatih skuad Piala Belia Terengganu FC IV (TFC IV), Wan Adremy Indera Wan Adnan.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian menjelang pertemuan final kedua Piala Belia berdepan Johor Darul Ta’zim IV (JDT IV) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam esok.

Mengulas lanjut, beliau juga menuntut anak buahnya agar saling mempercayai keupayaan diri dan rakan sepasukan bagi memastikan impian untuk menggapai kejayaan tercapai.
Belia meletakkan harapan yang tinggi kepada pemainnya agar tidak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol selain perlu mengambil manfaat beraksi di tempat sendiri.

“Ini peluang terbaik buat TFC IV untuk mencipta sejarah muncul juara selepas terkandas di peringkat separuh akhir dalam dua edisi terdahulu.

-Advertisement-

“Pada masa sama semua pemain utama kini berada pada tahap prestasi terbaik biarpun seorang pemain digantung perlawanan selain dua mengalami kecederaan.

“Saya yakin pemain mampu melakukan yang terbaik lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri, sokongan ibu bapa dan peminat setia pasti membakar lagi semangat pemain biarpun sedar pasukan lawan mempunyai kekuatannya yang tersendiri sebagaimana pada aksi final pertama,” katanya.

Pada aksi final pertama di Stadium Pasir Gudang, Johor, TFC IV yang ketinggalan 0-2 berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2.

Berdasarkan rekod, kali terakhir skuad TFC IV muncul juara piala itu pada 2019 bawah kendalian Subri Sulong selepas mengetepikan PKNS 1-0 hasil jaringan Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427