Bekas PM Pakistan gesa lebih ramai penunjuk perasaan banjiri ibu negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan, menggesa lebih ramai penyokong menyertai protes di ibu negara berhubung penahanannya.

-Advertisement-

Gesaan itu dibuat Imran selepas sehari berlakunya pertempuran berdarah antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan.

Konvoi penyokong pro-Khan berarak ke Islamabad sejak Ahad dengan merempuh sekatan jalan dan bertempur dengan polis serta pasukan separa tentera yang melepaskan tembakan peluru getah serta gas pemedih mata.

Khan dipenjarakan sejak Ogos 2023, dalam puluhan kes undang-undang yang didakwanya direka untuk menghalang beliau membuat kemunculan semula dalam pilihan raya tahun ini.

Sejak undian pada Februari lalu, parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpinnya terus mencabar tindakan keras kerajaan dengan mengadakan perhimpunan secara berkala, namun protes semalam adalah yang terbesar setakat ini yang melanda ibu negara.

-Advertisement-

Pada sebelah malam, Khan mengeluarkan kenyataan dari sel penjaranya di luar Islamabad, memberitahu lebih ramai orang untuk menyertai orang ramai yang cuba menduduki dataran awam di enklaf kerajaan bandar itu.

“Mereka yang belum menyertai protes itu juga mesti menuju ke D-Chowk.

“Semua warga Pakistan yang mengambil bahagian dalam protes itu mesti kekal aman, kekal bersatu dan berdiri teguh sehingga tuntutan kami dipenuhi,” kata pesanan Khan yang disiarkan di media sosial dan dikongsi oleh pihaknya.

Walaupun larangan perhimpunan awam, wartawan AFP melihat lebih 10,000 penunjuk perasaan di pusat bandar berhadapan dengan polis.

“Ini bukan kerajaan kita, kerajaan ini terdiri daripada pengkhianat,” kata penunjuk perasaan Abdul Rashid kepada AFP, mukanya ditutup dengan selendang tebal. ‘Hidup Imran Khan’.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427