Bekas ADUN P Pinang langgar polis di simpang trafik

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGE TOWN: Seorang bekas ADUN Pulau Pinang dipercayai melanggar seorang konstabel polis di satu persimpangan lalu lintas di Bandar Baru Air Itam, malam tadi.

-Advertisement-

Bekas wakil rakyat berusia 55 tahun itu dikatakan memandu di Jalan Thean Teik kira-kira 11.50 malam, apabila anggota polis itu didakwa memasuki lorongnya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata, anggota polis berusia 27 tahun itu yang cedera di tapak tangan kiri dan dahi, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Kes itu disiasat atas pemanduan cuai dan tidak bertimbang rasa bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan denda RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan, jika sabit kesalahan.

-Advertisement-

-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427