Beberapa kawasan di Semenanjung putus bekalan elektrik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Semenanjung termasuk di Lembah Klang berdepan gangguan elektrik tengah hari ini mengakibatkan beberapa urusan membabitkan orang ramai tergendala.

-Advertisement-

Perkongsian orang ramai menerusi ciapan di laman Twitter menunjukkan, beberapa pusat beli-belah dan pasar raya di ibu negara juga bergelap.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan TNB Careline di laman Facebook dan Twitter rasminya, sebentar tadi mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

-Advertisement-

Ketika berita ini ditulis, antara kawasan yang dikesan berdepan gangguan elektrik termasuk di beberapa kawasan di Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Bangsar, Cheras serta Bangi.

Difahamkan, gangguan juga membabitkan beberapa negeri termasuk di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.

Pengguna Twitter, Thinarasan Ambikapathi @ThinarasanA dalam ciapannya – ‘Kuala Lumpur Electric Black Out #tnb’

“Friends across Bangsar, Old Klang Road, Segambut, Mont Kiara and Subang just reported having their electricity cut- is anyone else also going through the same?” ciap azlynbalqis @lynfunkstar di Twitternya.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427