Barista Malaysia juarai Kejohanan Seni Latte dunia di Korea

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Barista dari Malaysia Irvine Quek Siew Lhek sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara dengan berjaya memenangi satu lagi kejohanan seni latte dunia.

-Advertisement-

Selepas memenangi Kejohanan Seni Latte Dunia 2018 (WLAC) dianjurkan World Coffee Events tahun lepas, tahun ini beliau memenangi Pertandingan Seni Latte Dunia 2019 (WLAB) dianjurkan World Coffee Battle di Korea Selatan.

Pada pertandingan itu, Irvine mengalahkan barista dari Korea Selatan Kim Young Jin selepas mengumpul 73 mata, berbanding Kim yang hanya mendapat 63 mata, pada pertandingan yang diadakan di Seoul, Korea dari Sabtu hingga Isnin.

“Saya menang tahun ini pada tarikh yang sama tahun lepas, selepas 365 hari saya berjaya menang sekali lagi.

-Advertisement-

“Ia masa yang amat sukar bagi saya dan ia penuh dengan tekanan bagi membuat persediaan, saya amat gembira kerana berjaya dan saya rasa amat gembira kepada semua yang menyokong saya dan saya gembira saya tidak mengecewakan anda semua,” katanya dalam catatan di Instagramnya; irvine_nj.

Irvine ketika menceritakan kegembiraannya kerana memenangi kejohanan itu berkata “Rasa bangga untuk berada bersama yang terbaik di atas pentas pertandingan yang sama, anda semua adalah mengagumkan dan anda semua menjadi inspirasi saya,” katanya.

Irvine dalam Instagramnya memaparkan seni corak latte seekor beruang dengan ikan di mulutnya, yang direka khas untuk kejohanan itu.

“Buat pertama kalinya saya ambil masa tiga bulan untuk buat hanya satu corak, cuba untuk menjadikan ia satu corak yang sempurna dan buatkan ia lebih realistik dan berimpak,” katanya.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427