Bapa didakwa cederakan dua anak dengan lilit leher, lambung ke katil

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Mesir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil, minggu lalu.

-Advertisement-

Bapa berusia 37 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap anak lelakinya berusia empat tahun dua bulan manakala anak perempuannya berumur setahun enam bulan sehingga menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik sewanya di Jalan Maarof Bangsar, Brickfields di sini pada 8.30 pagi, 17 Disember lalu.

-Advertisement-

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee Yee Khuan tidak mencadangkan jaminan atas alasan, kesalahan itu tidak boleh dijamin dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan 20 Januari untuk sebutan kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.
-BERNAMA
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427