KUALA LUMPUR: Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diakui membantu menyediakan ekosistem pembelajaran lebih positif, selain mendorong murid mendapatkan peluang pendidikan berkualiti.
Pakar Psikologi Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Shahabuddin Hashim, berkata pemberian BAP antara lain mampu melonjak motivasi pelajar dan merangsang pembentukan Insan MADANI.
Menerusi perspektif psikologi personaliti, katanya, pemberian BAP akan memberi nilai berbeza kepada penerima atau pelajar walaupun nilai ‘nominal’ adalah sama.
“Pelajar memerlukan rasa pemberian ini sangat besar nilainya dan diharap mereka akan ‘memulangkan’ BAP dalam bentuk usaha ke arah peningkatan pencapaian akademik serta perkembangan sahsiah yang positif.