Banyak impak global kepada dunia akibat COVID-19 dalam masa 3 bulan

Estimate Reading Time: 2 minutes

PARIS: Tempoh tiga bulan lalu cukup memberikan impak global kepada dunia apabila puluhan ribu nyawa terkorban akibat COVID-19.

-Advertisement-

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 8 Januari lalu mengatakan coronavirus atau COVID-19 itu dikaitkan dengan pneumonia, sementara China mengumumkan kematian pertamanya pada 11 Januari iaitu di Wuhan, China di mana punca wabak itu dikesan akhir Disember tahun lalu.

Kes pertama luar negara itu dilaporkan di Eropah iaitu di Perancis iaitu pada 24 Januari.

Dalam menangani penularan lebih luas, wilayah Hubei diletakkan di bawah perintah berkurung dan kuarantin mulai pada 25 Januari selepas Wuhan diperintah demikian lebih awal.

Pada 28 Januari, Jerman dan Jepun mengesahkan dua kes jangkitan COVID-19 dari manusia ke manusia. Banyak negara mengambil langkah membawa pulang rakyat mereka di China berikutan situasi negara itu bertambah buruk.

WHO pula mengumumkan COVID-19 sebagai kecemasan kesihatan global iaitu bermula 30 Januari namun tidak mengesyorkan sekatan perjalanan dan perdagangan dengan China.

Kematian pertama luar China direkodkan di Filipina pada 2 Februari, membabitkan lelaki yang pulang dari Wuhan.

Pada Februari lalu, WHO mengumumkan banyak negara kekurangan pelindung mulut dan hidung serta mengalami masalah bekalan tidak mencukupi pakaian perlindungan diri dan peralatan perubatan.

Seminggu kemudian, Perancis mencatatkan kematian pertama di luar Asia, membabitkan pelancong dari China. Sehingga 19 Februari lalu, kematian global mencatatkan lebih 2,000 orang hingga WHO menggesa negara dunia mengambil langkah proaktif dan drastik menangani wabak berjangkit itu.

Ketika ini, banyak firma menyuarakan kebimbangan kesan langsung terhadap industri, aktiviti dan perkhidmatan mereka. Perdagangan, acara sukan dan seni serta festival antarabangsa terpaksa dibatalkan.

Penerbangan keluar masuk ke China digantung banyak negara sementara kes di Itali, Korea Selatan dan Iran meningkat mendadak.

Pada 25 Februari, WHO mengatakan penularan wabak satu pandemik. Sehari kemudiannya, bilangan kes jangkitan di luar China melepasi negara itu.

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) melaporkan kadar pertumbuhan rendah untuk tahun 2020.

Pada 6 Mac, lebih 100,000 kes direkodkan di seluruh dunia.

Susulan itu pada 8 Mac, utara Itali diletakkan di bawah perintah berkurung dengan banyak negara lain mengambil tindakan sama.

-Advertisement-

Pada masa itu, minyak mentah dunia mencatatkan harga terendah.

Pada 11 Mac ini, sekali lagi WHO mengumumkan tahap pandemik.

Sementara itu Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sempadannya ditutup kepada lebih 30 negara. Institusi kerajaan dan bank pusat melancarkan sokongan dan pinjaman ekonomi.

Pada 13 Mac, WHO mengumumkan Eropah sebagai pusat epidemik penularan baharu.

Sepanyol melaksanakan perintah berkurung bermula 14 Mac diikuti Perancis 17 Mac, serta negara Eropah lain mengarahkan penduduknya tidak keluar dari rumah dan membataskan pergerakan.

Banyak penerbangan asing dibatalkan serta banyak negara mengambil pendekatan menutup sempadan bagi menghalang ketibaan asing.

Sehingga 18 Mac lalu, lebih 200,000 kes dicatatkan. Pada 19 Mac lalu Itali menjadi negara yang mencatatkan kematian tertinggi.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula memberi amaran kemelesetan ekonomi lebih teruk daripada 2008, krisis kewangan dunia.

Jepun turun menunda penganjuran Sukan Olimpik 2020 yang diumumkan pada 24 Mac.

Dengan jumlah kes AS yang paling tinggi di dunia, WHO menjangkakan AS akan melepasi negara Eropah sebagai pusat penularan wabak. Sehari kemudian, Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) memberi amaran pandemik itu akan mengancam seluruh masyarakat dan kemasyarakatan.

Senat AS meluluskan pakej rangsangan ekonomi berjumlah AS$2 trilion (RM8.7 trilion)

Lebih 3 bilion penduduk dunia diperintah duduk di rumah.

Pada 28 Mac, China mengumumkan Wuhan akan dibuka secara berperingkat, sementara Itali dan Sepanyol mempunyai lebih 10,000 kematian.

Pada 2 April lalu, kes jangkitan mencecah sejuta orang. – Berita Harian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427