DUBAI: Sudah menjadi kebiasaan untuk melihat bangunan-bangunan di Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Namun, melihat ia dipaparkan di bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, pastinya memberi rasa yang lebih istimewa.
“Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Malaysia,” tulis catatan di Facebook.
Ia turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang meninggalkan ucapan terima kasih di bahagian komen.— Astro Awani