MADRID: Gareth Bale menyumbang hampir £1 juta pound (RM5.38 juta) kepada hospital sebagai bantuan menghadapi pandemik COVID-19.
Bintang Wales dan Real Madrid itu menyumbang lebih £500,000 pound (RM2.69 juta) kepada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Wales, menjadikan dia antara penyumbang terbesar organisasi itu.
Bale, 30, juga mengumumkan dia akan memberikan €500,000 euro (RM2.36 juta) buat hospital di Madrid dan sekitarnya.
Ibu kota Sepanyol itu menjadi antara bandar paling teruk dilanda pandemik itu di seluruh dunia.
Sumbangan hampir £1 juta pound (RM5.38 juta) oleh pemain sayap Real itu menjadikan ia antara terbanyak diberikan mana-mana atlet di dunia.
Sunsport mendedahkan awal minggu ini bahawa pmain itu tampak akan kekal di Sepanyol untuk dua musim akan datang hingga kontraknya tamat. – Agensi