Bagaimana kata anak tiri, peruntukan Kelantan jauh lebih besar – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi mengabaikan Kelantan sebaliknya memberikan peruntukan yang besar untuk negeri itu.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata, peruntukan yang diberikan kepada Kelantan lebih tinggi berbanding ketika PAS dan BERSATU menjadi Kerajaan Persekutuan.

“Saya sudah nyatakan peruntukan ketika mereka menjadi kerajaan lebih kurang dari sekarang, bagaimana boleh kita menganaktiri Kelantan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik, hari ini.

-Advertisement-

Perdana Menteri berkata demikian mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia, Kerajaan Persekutuan kini menganaktiri Kelantan.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427