Atletico kongsi mata di Villarreal

Estimate Reading Time: < 1 minute

VILA-REAL: Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone berkata dia melihat beberapa aspek positif walaupun skuadnya seri 2-2 di Villarreal dalam aksi pembukaan La Liga.

-Advertisement-

Atletico bangkit menyamakan kedudukan dua kali di babak pertama untuk memastikan satu mata di Villarreal, yang memanfaatkan sepenuhnya kesilapan benteng pelawat untuk mendahului permainan.

Arnaut Danjuma dengan mudah menewaskan pertahanan Atletico, Axel Witsel untuk membuka jaringan buat tuan rumah dan kesilapan penjaga gol, Jan Oblak menjadi punca kepada gol sendiri jaringan kapten Atleti, Koke 19 minit kemudian.

“Kami bermain dengan baik. Ada beberapa situasi (individu) yang perlu diperbaiki tetapi secara berpasukan ia persembahan yang baik, namun kami dibolosi dengan gol yang sepatutnya boleh dielakkan.

-Advertisement-

“Kami mempunyai peluang tetapi gagal disempurnakan dan dibolosi kerana kesilapan. Namun saya melihat beberapa perkara positif yang mampu membawa perubahan sepanjang tahun,” kata Simeone.

Atletico dua kali bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marcos Llorente dan Alexander Sorloth.

Simeone berkata, dia berpuas hati dengan penampilan sulung Julian Alvarez, yang masuk pada 15 minit terakhir tetapi memberi sedikit impak.

Pemain Argentina itu menyertai Atletico seminggu lalu selepas Manchester City bersetuju dengan perjanjian melebihi 75 juta euro (RM425.29 juta) untuk melepaskan penyerang 24 tahun berkenaan.

Pengendali itu turut mengesahkan yang ketiadaan Joao Felix pada perlawanan itu adalah disebabkan pasaran perpindahan, selepas media British dan Sepanyol melaporkan yang penyerang Portugal itu akan berpindah ke Chelsea.
-REUTERS
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427