KAHERAH: Arab Saudi menggantung sementara kemasukan ke negara itu bagi tujuan menunaikan umrah dan lawatan ke Masjid Nabawi di Madinah.
Kementerian Luar negara itu mengumumkan perkara berkenaan melalui Twitter, hari ini, berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19.
Kerajaannya turut menggantung kemasukan ke Arab Saudi bagi pemegang visa pelancongan dari negara yang berdepan ancaman coronavirus.
Selain itu, kementerian berkenaan meminta rakyat Arab Saudi supaya tidak berkunjung ke negara yang menghadapi penularan COVID-19. – REUTERS