KUALA LUMPUR, 25 Feb — Pengeluar pintu kayu pepejal Anzo Holdings Bhd, melalui unitnya, Anzo Group, telah memeterai perjanjian pembekalan dengan Jaya Jutawan Sdn Bhd untuk membekalkan sehingga 1,500 tan tin minuman aluminium bernilai RM5,000 satu tan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis, Anzo berkata tempoh bekalan adalah selama 60 bulan.
“Keseluruhan nilai kontrak bagi penawaran dianggarkan berjumlah RM450 juta berdasarkan harga yang yang dirunding dan dipersetujui penjual oleh pihak terbabit sebelum menerima perjanjian pembekalan,” katanya.
Anzo berkata ia berhasrat mengukuhkan perniagaan perdagangannya untuk pendapatan mampan dalam tempoh yang lama dan mewujudkan peluang perniagaan dalam pasaran eksport antarabangsa melalui perjanjian itu.
Bagaimanapun, syarikat itu berkata perjanjian pembekalan itu dijangka tidak memberi kesan kepada gearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept tahun ini.
“Perjanjian pembekalan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham syarikat pada masa depan, serta meningkatkan aset bersihnya yang disatukan,” katanya.
— BERNAMA