Angkatan Tentera AS Korea tarik balik perintah berkurung ke atas anggotanya selepas 9 tahun

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL- Angkatan Tentera AS Korea (USFK) pada Selasa berkata ia telah menarik balik perintah berkurung ke atas semua anggotanya dan arahan itu berkuat kuasa serta-merta, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

-Advertisement-

Perintah berkurung itu, yang ditetapkan antara pukul 1 pagi dan 5 pagi, telah dilaksana pada 2011 susulan bantahan umum berhubung dakwaan keganasan seksual dan jenayah lain yang dilakukan oleh anggota USFK.

Sebelum membuat keputusan itu, USKF menggantung perintah berkurung buat sementara waktu sehingga Selasa dan meneliti hasilnya untuk penilaian.

-Advertisement-

“Selepas menilai data perintah berkurung itu dan berunding dengan pemimpin USFK termasuk komander komponen, saya memutuskan untuk menamatkan perintah berkurung yang berkuat kuasa pada 17 Dis,” kata Komander USFK Jeneral Robert Abrams.

Menyedari bahawa penggantungan sementara selama 180 hari itu memfokus kepada tingkah laku, moral dan keupayaan anggota perkhidmatan “untuk mengekalkan ketenteraman dan disiplin yang baik pada setiap masa dan di bawah semua keadaan,” USFK berkata penilaian itu mendorong “pemimpinnya di semua peringkat rantaian perintah” untuk mengesyorkan penamatan perintah berkurung.

Ketika memaklumkan keputusan itu kepada pemimpinnya, Abrams menggesa anggota USFK “terus menyemai dan mengekalkan ketenteraman serta disiplin yang baik tanpa mengira masa atau lokasi, selain mengekalkan fokus mereka kepada sikap, pendekatan dan mentaliti “Fight Tonight.”- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427