Anggota ATM mula mengundi pos 7 November

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 14 Nov 2022 (The Capital Post): Proses pengundian pos bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada 7 November lalu.

-Advertisement-

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata semua kertas undi pos mula dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada hari Isnin 7 November lalu.

“Justeru, tidak timbul sebarang isu kerana ini adalah proses biasa dalam semua pilihan raya sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini yang mempertikaikan ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi awal untuk PRU15.

Wan Junaidi berkata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, juga sudah membuat kenyataan bahawa proses mengundi bagi anggota tentera yang didaftarkan sebagai pengundi pos telah bermula 7 November lalu.

-Advertisement-

“Malah, ejen calon telah dimaklumkan oleh setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengenai tarikh pengeluaran undi pos,” katanya.

Wan Junaidi berkata terpulang kepada individu yang berdaftar dan menerima kertas undi pos kerana apa yang penting, kertas undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus berkaitan pada atau sebelum jam 5 petang pada hari pengundian 19 November ini.

-BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427