Zahidi diarah jelaskan isu Veveonah kepada Dewan Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Negara hari ini mengarahkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin menghadap para senator bagi menjelaskan isu berkait seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin.

Rais Yatim mengarahkan Zahidi ke Dewan Negara selepas timbalan menteri itu tidak hadir hari ini untuk menjawab pertanyaan Senator Adrian Banie Lasimbang berhubung capaian terkini sistem telekomunikasi mudah alih 4G di Sabah.

Veveonah menjadi tumpuan ramai selepas video memaparkan dia memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet di dalam hutan bagi menduduki peperiksaan dalam talian tular.

Zahidi kemudian di Dewan Negara mendakwa Veveonah tidak menduduki peperiksaan, namun disusuli dengan permohonan maaf selepas mendapati maklumat yang diterimanya “tidak tepat”.

“Ia untuk memberi pandangan, penjelasan, dan akhirnya memohon maaf kepada pihak berkenaan,” kata Rais ketika mempengerusikan sidang.

“Jika enggan, mungkin barulah kita juruskan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan.”

Sebelum itu, Senator Alan Ling Sie Kiong memaklumkan suatu usul dikemukakan pada 7 Sept mengusulkan Zahidi dirujuk ke jawatankuasa itu, kerana

Senator Alan Ling Sie Kiong turut bangkit bawah Peraturan Mesyuarat 25(1)(Q) Dewan Negara untuk Zahidi dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara kerana mengelirukan Dewan Negara berhubung isu Veveonah pada 3 Sept lalu.

“Ini adalah perkara serius dan fitnah kepada Veveonah. Tindakan ini juga seolah-olah memandang rendah kewibawaan Dewan Negara. Dia perlu disiasat secara menyeluruh, bagi menunjukkan badan eksekutif mengamalkan sikap kebertanggungjawaban,” katanya

 

-FMT

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427