Yang di-Pertuan Agong zahir penghargaan sumbangan vaksin COVID-19 UAE

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kesihatan dan Prevensi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Abdul Rahman Mohammed Al Owais di Emirates Places, Abu Dhabi, semalam.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama 45 minit bermula jam 2 petang (waktu tempatan) itu, Al-Sultan Abdullah turut menyentuh mengenai hasrat UAE untuk menyumbangkan vaksin COVID-19 kepada Malaysia.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata sumbangan vaksin itu antara lain bertujuan bagi kajian klinikal di negara ini.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan setinggi penghargaan kepada Dr Abdul Rahman dan kerajaan UAE di atas hasrat berkenaan.

“Biarpun begitu, Al-Sultan Abdullah menyatakan bahawa beberapa proses perlu diambil kira bagi mengetahui kebolehlaksanaan kajian klinikal di Malaysia, khususnya Pusat Penyelidikan Klinikal, Institut Penyelidikan Klinikal dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara , sebelum sebarang vaksin diterima masuk ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata sesi menghadap itu adalah antara acara dalam lawatan khas lima hari Al-Sultan Abdullah ke Abu Dhabi, UAE. -BERITA HARIAN

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427