Willian tolak tawaran Beckham

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Pemain sayap Chelsea, Willian dilaporkan menolak perpindahan ke kelab milik David Beckham, Inter Miami.

Pasukan terbaharu MLS itu dikatakan menawarkan pemain berusia 31 tahun itu perjanjian besar ketika dia semakin hampir menjadi ejen bebas musim panas ini.

The Telegraph mendakwa Miami, yang dimiliki bersama Beckham, menawarkan Willian dengan kontrak tiga tahun.

Tempoh berkenaan juga dimahukan Willian untuk perjanjian baharu di Chelsea – dengan perbincangan buntu apabila Blues enggan memberikan kontrak melebihi 24 bulan.

Kini Spurs dikatakan akan menawarkan kontrak kepada bekas pemain Shakhtar Donetsk dan Anzhi Makhachkala itu.

Pemain Brazil itu menang Liga Perdana ketika bos Tottenham, Jose Mourinho mengetuai Chelsea.

Dan gaya permainannya dikagumi Mourinho yang merasakan ia tidak ada dalam skuad Spurs.

Arsenal, Manchester United dan Paris Saint-Germain juga dikatakan berminat.

– Agensi

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427