PUTRAJAYA: Warga Malaysia yang terperangkap di Sudan akibat pertempuran minggu lalu, sudah meninggalkkan pelabuhan Sudan hari ini.
Dalam kenyataan di media sosial, Wisma Putra berkata, 30 warga Malaysia itu menaiki kapal tentera laut Arab Saudi menuju Jeddah.
Perjalanan merentasi Laut Merah dijangka mengambil masa 12 jam. – Berita Harian